Isnin, Julai 20, 2009

Berakhirnya keghairahan 8 Mac ,Manek Urai buka lembaran baru


Pakatan Rakyat dikejutkan apabila kubu PAS di Kelantan, kawasan DUN Manek Urai hampir ditembusi UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil yang diadakan semalam. Calonnya Mohd. Fauzi Abdullah hanya menang tipis dengan majoriti 65 undi, berbanding majoriti 1,352 undi pada 8 Mac 2008.
Secara sinisnya, keputusan semalam boleh dibaca sebagai "BN berjaya mempertahankan kekalahan dalam pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia" sejak 8 Mac 2008, namun ada juga munasabahnya sekiranya kemenangan tipis PAS ini ditafsir sebagai "kemenangan moral" BN.
Malah, editor Malaysiakini (versi bahasa Cina) Yong Kai Ping menganggap keputusan pilihan raya kecil Manek Urai, bersama peningkatan populariti Perdana Menteri Ke-6, Najib Abdul Razak (menurut soal selidik Merdeka Centre), telah membuka lembaran baru dalam pergolakan politik tanah air ini.

Keghairahan selepas Tsunami Politik
Mengimbas kembali tsunami 8 Mac 2008, Yong Kai Ping melakar gambaran bagaimana rakyat secara umumnya masih ghairah dengan kebangkitan kuasa rakyat, malah Pakatan Rakyat mula dibuai khayalan "menuju ke Putrajaya". Sementara itu, UMNO-BN yang diterajui Abdullah Ahmad Badawi, dan Najib selepas itu terus diselubungi suasana yang merudum.
Pakatan Rakyat dan pemimpin utamanya, Anwar Ibrahim dilambung dengan sorakan dan harapan yang tinggi, sebaliknya Barisan Nasional dan Najib yang terbelenggu dengan imej yang negatif terus dilempar dengan pelbagai tuduhan. Menurut keputusan soal selidik Merdeka Centre, populariti Najib hanya berada pada paras 45% di peringkat awal beliau mengambil alih tampuk pimpinan.
Keghairahan tersebut telah berakhir dengan senario baru politik mutakhir ini.
"Najib telah meraih populariti yang sepatutnya dimiliki seseorang pemerintah. Dengan keputusan pilihan raya kecil Manek Urai, tempoh bulan madu Pakatan Rakyat telahpun tamat. Ini bermakna, mulai malam ini, pemerintah dan pembangkang dalam keadaan seri, dan ini merupakan senario yang menarik," kata Yong.

Lihat BN, bukan PR


Penganalisis politik yang fasih dalam bahasa Cina, Jamaluddin Ibrahim (gambar ) pula mengingatkan bahawa tsunami politik yang mengombak pada 8 Mac tahun lepas disebabkan ketidakpuasan rakyat terhadap BN, bukannya sokongan terhadap PR.
"Tiada Pakatan Rakyat sebelum 8 Mac, rakyat mengundi untuk membantah BN."
Maka, Jamaluddin bertanggapan bahawa BN masih dijadikan sebagai sasaran mahupun rujukan ketika memahami pergolakan politik tanah air Malaysia.
Keresahan mula timbul apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kini menghadapi masalah luar dan dalaman, selepas lebih satu tahun mentadbir.
PR Kedah hanpir disembelih apabila DAP Kedah mengambil keputusan untuk keluar dari pakatan setelah ledakan isu pusat penyembelihan babi. Sementara Pulau Pinang pula menemui jalan buntu di Kampung Buah Pala, ditambah pula pertelingkahan antara DAP dan PKR. Malah, Selangor kini kecoh dengan tuntutan rombakan barisan EXCO, ditambah dengan tuduhan daripada ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang juga dari Pakatan Rakyat.
Tangkis dengan langkah konkrit
Pergelutan di atas mungkin mencungkil keraguan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan PR untuk mentadbir negara. Lantaran itu, kekhuatiran dilanjutkan dengan andaian sekiranya masyarakat kita tidak sanggup menanggung risiko yang terlalu tinggi demi reformasi, maka mereka mungkin "termakan" dengan janji "perubahan" yang dilaksanakan oleh Najib.
Walau bagaimanapun, Yong Kai Ping (gambar kanan) ketika mengulas kemungkinan Najib mengambil kesempatan atas "ketakutan" ini untuk terus berkuasa, berkata bahawa "ketakutan" ini wujud kerana kekurangan rasa selamat dalam minda rakyat.
Justeru itu, apabila Utusan Malaysia memainkan isu seperti Melayu mungkin hilang kuasa, masyarakat Melayu mula berasa tergugat.
Yong Kai Ping berpendapat PR tidak cukup sekadar menangkis hujah tersebut, malah perlu mengambil langkah yang konkrit untuk menghapuskan keresahan masyarakat Melayu, misalnya mengemukakan cadangan bagaimana meningkatkan pendapatan golongan menengah-rendah.
Yang pastinya, BN dan PR kini memasuki peringkat yang baru dalam pergelutan politik Malaysia, dengan perbicaraan kes liwat Anwar dan cadangan "Kerajaan Perpaduan" yang terus menghantui PR. Politik penampilan imej dan silat lidah yang memihak kepada PR sebelum ini akan menjadi lembaran politik yang terselak...

*Yong Kai Ping bersama penganalisis politik Josh Hong dan Jamaluddin Ibrahim merupakan ahli panel dalam forum yang bertajuk "100 Hari Pentadbiran Najib". Forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor ini dianjurkan oleh therocknews, satu media internet dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.

Jumaat, Julai 17, 2009

Menang tipis-Satu pengajaran buat PAS Kelantan

Kehadiran Timbalan Presiden tidak berapa di senangi oleh sesetengah pimpinan PAS Kelantan walau pun TokGuru sendiri menjemput semua pimpinana pusat hadir di Mani Urai,Apakah Isu U.G sengaja di mainkan berpanjangan oleh pihak-pihak tertentu.
Kira-kira jam 4 petang Julai 14, ketika pengundi Manek Urai masih sibuk mengundi, Pengarah Operasi pilihan raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun, mengeluarkan kenyataan kepada media, "PAS akan menang 2,000 undi."
Sebelum itu, ketika hari masih pagi di hari yang sama, berita angin tersebar kira-kira 1,300 pengundi luar PAS pulang untuk mengundi. Ia melebihi dari mereka yang pulang ketika pilihan raya umum 2008 lalu iaitu seramai 1,200 orang.
Sejak dari awal kempen lagi, PAS sangat bergantung kepada pengundi luar ini. Di Manek Urai, Umno berkata mereka ada 500 hingga 700 pengundi luar manakala PAS pula menyatakan mereka mempunyai hampir 2,000 pengundi yang berada di luar kawasan Manek Urai.
Kedudukan mereka pula merata. Dari Kota Baru sendiri sehinggalah ke Kuala Lumpur, Selangor hatta Singapura dan Johor serta di negeri berjiran dengan Kelantan iaitu Pahang dan Terengganu.
Pelbagai usaha dibuat untuk memastikan mereka pulang. Akhirnya, di pagi Julai 14i, apabila PAS mendapat maklumat 1,300 mereka telah pulang, Abdul Fatah mengeluarkan kenyataan penuh yakinnya itu.
Kini terbukti, kenyataan itu meleset. Hampir pasti tidak semua 1,300 yang pulang itu mengundi PAS. Yang pasti, ada antara 1,300 yang pulang itu turut berbaris di sebuah rumah lama yang menjadi sebahagian Pejabat Kesedar untuk mendapat wang RM300 dari BN untuk setiap pengundi luar itu.
Exco kerajaan negeri Selangor dari PAS, Dr Halimah Ali, dalam kenyataannya melahirkan kebimbangan kalau-kalau serang menyerang antara exco dan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu menjadi punca kekurangan majoriti PAS kali ini. Ini kerana, lebih 100 pengundi luar Manek Urai tinggal atau bekerja di Selangor.
Selain di Selangor, para pemimpin Pakatan juga saling serang menyerang di Kedah dan Pulau Pinang. Seolah-olah mereka tidak boleh sabar buat seketika sehingga pilihan raya kecil itu selasai.
Saya bersetuju dengan Halimah bahawa apa yang berlaku itu menghantar isyarat negatif kepada para pengundi. Selepas mereka tidak boleh percaya kepada Umno, apakah yang mereka boleh harapkan dari Pakatan Rakyat kalau sesama mereka pun berselisih faham dan saling tuduh menuduh.
Selain Pakatan Rakyat, saya juga melihat apa yang berlaku dalam PAS, juga telah memberikan sumbangan dalam pilihan raya kecil ini.
Mungkin isu kerajaan perpaduan tidak memberikan kesan kepada pengundi secara langsung tetapi ia memberikan kesan yang sangat besar kepada jentera PAS di sana.
Oleh kerana agak sibuk dan menghadapi masalah pribadi, buat pertama kalinya dalam mana-mana pilihan raya kecil, saya tidak turun sekalipun ke Manek Urai. Padahal, sekurang-kurangnya saya biaasanya memimpin dua pasukan petugas penting untuk setiap kali pilihan raya yang melibatkan PAS. Namun kali ini, saya terasa khidmat kami tidak berapa diperlukan. Jadi, kami tidak pergi.
Saya telah menghantar seorang wartawan kanan untuk membuat liputan pilihan raya kecil ini. Biasanya, oleh kerana kami rapat dengan wartawan Harakah (kerana ramai antara wartawan Siasah pernah bertugas dengan Harakah), kami akan dapat tinggal dan menumpang di pejabat yang wartawan Harakah bertugas.
Kali ini, wartawan kami itu terasa benar beliau tidak dikehendaki di situ. Dia diminta mendapatkan pas untuk membolehkan beliau bertugas dari pejabat itu. Walaupun nama, surat dan gambar diberikan untuk mendapatkan pas itu, sehingga akhir, beliau tidak mendapat pas kerja itu.
Hasilnya terpaksalah beliau menumpang di lain-lain tempat untuk membuat kerja sebagai seorang wartawan.
Nasib kawan saya ini juga dialami oleh beberapa petugas PAS dari luar Kelantan. Turut mengalami nasib yang sama adalah para pemimpin kanan PAS dari luar Kelantan. Kedatangan mereka seolah-olah tidak berapa dikehendaki di sini.
Saya diberitahu, tiga pemimpin kanan PAS (anggota Dewan Harian) tidak mendapat pas masuk ke pusat penamaan calon. Alasannya kerana pas masuk sudah habis. Tetapi selepas itu sekumpulan ahli PAS yang diketuai seorang anggota Parlimen dilihat mereka masuk ke pusat penamaan calon itu kerana memiliki pas dari SPR yang diperuntukkan kepada PAS itu.
Apabila diselidik, rupanya isu kerajaan perpaduan tidak selesai sebagaimana yang sepatutnya. Untuk menutupnya, pendekatan “localise” telah dikuatkuasakan iaitu isu dan petugas tempatan yang akan mengendalikan kempen ini. Orang luar, hanya “yang perlu” sahaja hadir.
Akibatnya, sebagaimana yanag saya katakan tadi, ramai petugas luar PAS yang datang hanya menjadi pelancong pilihan raya sahaja. Selepas sehari dua tidak berperanan, mereka pulang ke tempat masing-masing.
Kesannya, hanya petugas tempatan sahaja yang mendominasi jentera PAS kali ini. Seorang rakan wartawan melaporkan, ketika PAS sibuk melaksanakan aktiviti untuk menarik golongan belia di padang bola, para pemimpin Umno naik ke rumah-rumah pengundi memberikan wang dan pelbagai jenis projek untuk pengundi.
Turut dijanjikan adalah sebuah jambatan bernilai RM7 juta-RM10 juta yang akan dibina keesokan harinya jika BN menang. Jambatan ini akan menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama yang kini dihubungkan oleh jambatan satu lorong sahaja. Inilah yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Hasilnya, yang tinggal menyokong PAS adalah pengundi tegar mereka. Siapakah mereka? Mereka adalah para pemuda PAS yang datang ke situ pada tahun 1970an dahulu untuk menyertai Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) anjuran kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Asri Haji Muda. Ketika PAS hanya tinggal dua kerusi dalam Dun Kelantan pada tahun 1978 dahulu, kerusi Manek Urai adalah salah satu darinya.
Sebab itulah PAS menang di peti undi Lata Rek, Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Sungai Peria kerana di sinilah terletaknya RPT itu. Peti undi yang PAS kalah adalah Manek Urai Baru, Manek Urai Lama, Manjoi, Temale dan Lakloh.
Kini, PAS dan Pakatan kena mengkaji balik apa yang berlaku di Manek Urai. Jadikan ia sebagai satu peringatan. Walaupun PAS Kelantan terkenal dengan kehebatannya namun apabila jentera tidak kompak, musuh-musuh boleh masuk dengan mudah.
Kepada Pakatan Rakyat, jangan mimpilah anda mahu ke Putrajaya melalui pilihan raya umum ke 13 nanti kalau perangai dan tingkah laku masing-masing sebagaimana sekarang. Pengundi Manek Urai telah membunyikan jam loceng amaran kepada anda... tidak perlu salahkan BN, salahkan diri anda sendiri. Percayalah, jika anda berubah, masa belum terlambat. Anda belum kalah tetapi hanya hampir kalah sahaja.
artikel ini di petik dari:
http://www.themalaysianinsider.com/

Khamis, Julai 16, 2009

M.U-5 PERSOALAN HARUS DI NILAI....NikAbduh

gembira sekali (ayah Lah ketua upu)bila pemimpin dapat hadir bagi memberi semangat kepada pengundi
Kehadiran Tim.Presiden Yb.Ust.Nasrudin di UPU Chuchoh Putri mendapat sambutan meriah dari pengundi di sini




لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْفَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ


Sesungguhnya Allah swt telah menolong kamu dalam banyak medan peperangan dan hari peperangan Hunain ketika kamu dijangkiti penyakit ujub [ kagum diri / rasa diri hebat ] dengan sebab ramainya jumlah bilangan bala tentera kamu , maka ia ia sebenarnya tidak boleh mendatangkan apa - apa faedah ( keistemewaan/kemenangan ) kepada kamu di medan perang itu sehingga bumi yang luas dirasakan sempit oleh kamu kemudian kamu berpaling undur melarikan diri .-Surah At-Taubah ayat 25.


Perang pilihan raya di Manek Urai telah tamat dan PAS berjaya mengekalkan rentak kemenangan yang berterusan dalam siri pilihan raya kecil pasca PRU 12. Kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi adalah agak mendebarkan dan mengejutkan. PAS dan UMNO masing – masing terkejut.
Ia adalah kejutan yang boleh berlaku di mana – mana. Para sahabat al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam mengalaminya di medan Uhud dan di medan Hunain. Kejutan itu daripada Allah. Kita menjangkakan kemenangan selesa sehingga petang dan UMNO mengakuinya, tetapi Allah datang di hujung senja dengan kehendakNya. UMNO kalah kerana itulah kesudahan musuh Allah. Kita pula kalah dalam dan dengan strategi kita sendiri. Allah memenangkan agamaNya. Pastinya bukan kita!
Bagi seorang mukmin yang peka dan khusyu’, mengambil ibrah dan pengajaran adalah lebih jitu dan berguna daripada menikmati kemenangan. Kemenangan adalah anugerah dan hadiah, sedang ibrah adalah amanah dan tanggung jawab. Menang di dunia bukan bererti menang di akhirat, sedang mengambil ibrah di dunia pasti beroleh kemenangan di sana.
Uhud mengajar sahabat erti taat dan tidak gelojoh. Hunain mengajar mereka erti berani dan tidak ujub. Itulah yang utama. Daripada ibrah itulah para sahabat membina diri menjadi tentera Allah yang siap siaga memacu perjuangan dan dakwah.
Allah menghendaki kita mengambil ibrah dari Manek Urai melebihi kegelojohan kita untuk menikmati kemenangan darinya.
Saya harap post mortem terhadap keputusan pilihan raya N41 Manek Urai akan menghasilkan jawaban yang tepat demi mengekalkan kita dalam landasan perjuangan.
Faktor rohani hendaklah diutamakan. Itulah makna perjuangan Islam.
Perhatikan persoalan – persoalan berikut:


1) Mengapa begitu mudah pengundi culaan milik kita di Manek Urai menukar undi kepada BN sedangkan Manek Urai adalah kubu kita di selatan sejak dulu? Di mana nilai agama?


2) Mengapa kita bermudah dengan penceramah DAP, tetapi tidak sesama kita? Tidakkah sebelum ini kita mudah dengan DAP dan lebih mudah sesama kita, dan terbukti telah berjaya?


3) Mengapa perselisihan dalaman dihidupkan sepanjang kempen di Manek Urai sehingga media massa dan musuh seronok memainkannya. Itukah kematangan?


4) Kesatuan adalah syarat kemenangan. Adakah kita meraikannya?


5) Mengapa kita gagal membatasi leluasa politik wang UMNO sehingga pengundi tak pun terasa haram menjual undi mereka? Kita di Kelantan, kubu Islam.


Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.
Kepada anak – anak muda di medan perjuangan, juga di pusat – pusat pengajian, marilah belajar beribrah daripada kejadian hari ini agar kita mantap menyambung tali perjuangan masa depan. Moga kita lebih matang dan bersedia nanti.
PRK tak sama dengan PRU. PAS Kelantan biasanya kalah dalam PRK, tetapi tidak PRU. Kali ini kita menang sebagaimana di Pulai Chondong dulu. Saya yakin Abe Uji mampu memainkan peranan besar membina kembali keyakinan rakyat kepada PAS. Beliau calon yang betul untuk rakyat Manek Urai, insya Allah.




Semoga Kelantan terus membangun bersama Islam.

Rabu, Julai 15, 2009

KEPUTUSAN PRK MANIK URAI....



N41: MANIK URAI (12,293)


KEPUTUSAN


1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,3482.


Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283


Jumlah mengundi................... 10,631


Peratus.............................. 87%


Undi rosak.......................... 117


Majoriti............................. 65



Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:


1. Temalir – 27 undi


2. laloh – 66 undi


3. Manek Baru – 34 undi


4. manek Urai Lama – 184 undi


5. Manjor – 66 undi


6. Undi pos – 35 undi



Peti Undi PAS menang dengan majoriti:


1. Lata Rek – 258 undi


2. Peria – 86 undi


3. Chuchuh Puteri – 96 undi


4. Sungai sok – 66 undi

Ahad, Julai 05, 2009

Catatan PRK -M.U @ CHUCOH PUTRI.....Vol 2

sokongan dari golongan dewasa juga mendapat sambutan mengalakan di setiap program



Kemeriahan jelas kelihatan di kalangan pemuda semasa kejohan berlangsung

Peluang bertemu dan beramah mesra denga pimpinan UPU dimenafaatkan oleh kami berkenal mesra

Sambutan pemuda di UPU Chuchoh Putri sangat mengalakan setiap program yang di buat mendapat sambutan di luar jangkaan dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan sesuatu program,Ini dapat di lihat melalui Kejohanan sepak takraw dan Carom yang di anjurkan pemuda UPU yang melibat lebih 100 peserta dan berlangsung dalam suasana yang amat harmoni


'molek ustaz,Glecoh!!...make tange dulu la..baru 'kunyit'

KEMBARA BELIA M.U-Sambutan meriah di Chucoh Putri







Sokongan golongan muda terhadap PAS ternyata tidak surut, seakan mengulangi fenomena yang berlaku pada pilihan raya umum Mac 2008.


Ini dapat dilihat lebih 300 pemuda menyertai konvoi bermotor yang diadakan di Dun Manek Urai semalam
Pemuda yang menyertai konvoi tersebut berusia 21 tahun ke atas, iaitu mereka yang telah layak mengundi. Seramai 30 peserta datang dari setiap Unit Peti Undi di Dun Manek Urai.
Mereka termasuk dari dari kelab kereta nasional, motosikal klasik dan motosikal berkuasa tinggi. Pelepasan konvoi tersebut dilakukan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.
Sementara itu program yang sama juga di adakan di UPU Chucoh Putri bagi menyambut ketibaan rombongan Konvoi dari Peria.Berbagai program di sediakan di UPU Chucoh Putri dengan kerjasama pemuda UPU dan jentera pemuda Pengkalan Chepa dan Tanah Merah(pembantu) yang di ketuai oleh Ustaz Nik Mohd Abduh yang telah pun berkampung di sini sudah dua minggu dan berbagai program yang telah diatur bersama pemuda UPU.



Acara pelepasan diadakan di perkarangan masjid Kampung Peria bermula jam 9 pagi.
Berucap merasmikan program berkenaan Abdul Latif berkata, beliau begitu terharu di atas kesanggupan belia bersama -sama membantu calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai.
Katanya, golongan belia menyedari hanya kepimpinan ulama yang mampu membentuk generasi baru ke arah lebih cemerlang.
"Saya bersyukur kerana golongan belia menyedari pemimpin Umno dan BN sering memutar belit pelbagai isu bagi kepentingan politik mereka. Sedangkan banyak penyelewengan yang dilakukan ditutup rapat bagi mengelakkan diketahui umum.
"Biar pun mereka menyembunyikan segala kepincangan yang berlaku namun rakyat terutamanya golongan belia mudah menghidu kerana teknologi maklumat sekarang semakin canggih," katanya.
Beliau berkata, golongan muda hanya mengharapkan PAS dan Pakatan Rakyat mengembalikan semula kegemilangan negara setelah dipunahkan kerajaan BN yang ada sekarang.
Menurutnya juga golongan belia lebih yakin terhadap kepimpinan PAS setelah berjaya menegakkan syiar Islam di Kelantan.
Kata beliau sekiranya golongan belia tidak berminat dengan PAS dan Pakatan Rakyat sudah tentu tidak ramai yang hadir pada program berkenaan.
Sementara itu Mohd Fauzi memberi perangsang kepada remaja supaya sentiasa mematuhi perintah agama, mentaati ibu bapa dan berdisiplin ketika berada di jalan raya.
"Saya amat menghargai kesanggupan dan ikrar adik-adik untuk memberi bantuan tenaga dalam mempertahankan pemerintahan PAS yang berjuang untuk menegakkan syiar Islam," ujar beliau.
Kata beliau biar pun remaja sekarang dikaitkan dengan gejala mat rempit, namun diharap belia di Manek Urai terhindar daripada gejala tersebut.
Beliau juga melahirkan komitmen untuk untuk bersama dengan golongan belia di Manek Urai sekiranya PAS terus dipertahankan pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.
Konvoi bermotor tersebut melalui Kampung Peria, Sungai Sok, Chuchuh Puteri, Lata Rek, Laloh dan berakhir di Manek Urai.
Di samping itu pelbagai program menarik diadakan antaranya pameran motosikal dan motivasi oleh Nik Abduh serta pertunjukan seni bela diri silat dan Tomoi di Chuchuh Puteri, solat Zohor berjemaah di Laloh dan berakhir di Manek Urai Lama. - mj _

Sabtu, Julai 04, 2009

Langkah Pemuda PAS dapat pujian.....



PERMATANG PAUH, 3 Jun (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan langkah Dewan Pemuda PAS Pusat untuk bersemuka dengan Umno dalam ‘Wacana Ilmiah Terbuka: Benarkah Perjuangan Umno Tidak bertentangan Dengan Islam’ harus dipuji kerana sikap itu dapat membongkar Umno sebenarnya.
Tambahan lagi usaha itu selari dengan kehendak Musyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdebat dengan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Jelasnya, perbahasan mengenai kebenaran tidak akan selesai selagi masing-masing berkeras tanpa adanya pertemuan berdasarkan kebenaran al-Quran.
“Apa-apa pertelingkahan pun jika mahu ukur siapa yang benar mesti kembali kepada al-Quran. Jika tidak semua akan berpanjangan,” tegasnya.
Pertemuan itu juga boleh meninggalkan impak besar kepada PAS sebagaimana pertemuan atas dasar kemanusiaan Palestin oleh dua tokoh tanah air antara Presiden PAS waktu itu, Dato’ Fazhil Noor dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Walaupun bukan mencari titik pertemuan perjuangan antara PAS dan Umno tetapi atas nama keadilan sejagat ekoran penindasan yang berterusan terhadap umat Islam di Palestin.
Yakin dan bersabar untuk melihat pertemuan itu sebab selalunya Umno akan mencari helah untuk membatalkanya demi tidak mahu menanggung malu jika panel yang mewakili Umno gagal mengemukakan hujah yang bernas, katanya.
“Apapun ahli kita harus bersatu dan bersabar serta terbuka hati untuk melihat penghujahan itu nanti. Rakyat pun akan menilai penghujahan kerana lazimnya hujah Umno pakai pemikiran bukannya ilmiah yang termaktub dalam al-Quran. Ataupun Umno sendiri akan mengumumkan pembatalan saat-saat akhir bila merasai diri mereka tertekan,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. – mns

Galeri PemudaPC