Sebahagian daripada AJK DPPPC sedang menikmati hidangan bersama Ust Nik Muhammad Abduh Nik Abdul AzizKhamis, 23 September 2010 : Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa telah mengadakan majlis jamuan hari raya bertempat di Pusat Tarbiah Islamiyah (PUTIK). Majlis tersebut bermula jam 7.00 petang dan berakhir kira-kira jam 9.30 malam. Majlis yang dihadiri oleh 200 hingga 300 orang pemuda dari 70 cawangan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pimpinan utama PAS Kawasan serta wakil dari pemuda PAS negeri.
Program yang menjadi acara tahunan Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pemuda PAS kawasan dengan pemuda - pemuda cawangan, mengumpul kekuatan pemuda dan menaikkan semangat untuk terus mendokong perjuangan Islam.
Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah diikuti oleh ucapan aluan Pemangku Ketua Pemuda PAS Pengkalan Chepa, Sdr Muhammad Arif Abdullah dan diteruskan dengan tazkirah aidilfitri oleh Ust Harun Ismail, wakil Pemuda PAS Negeri itu.
Muhammad Arif dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan sokongan para pemuda PAS di setiap program yang dianjurkan. Beliau juga meminta agar pemuda PAS sentiasa komited dengan perjuangan Islam yang dibawa melalui wadah PAS dan sentiasa memberikan komitmen terhadap program-program yang dianjurkan. Beliau seterusnya mengingatkan agar pemuda Pengkalan Chepa sentiasa alert dan hati-hati dengan propaganda yang dimainkan pihak lawan agar tidak tersasar halatuju perjuangannya.
Majlis hari raya Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa kali ini menyajikan pelbagai jenis juadah. Antaranya sate, laksa, bihun, ketupat, tapai, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih muih. Majlis hari raya ini insyaallah akan diperbesarkan dan dimeriahkan lagi pada tahun-tahun hadapan memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada pemuda cawangan.









0 komentar:
Catat Ulasan